Asal-usul dan sebaran awal Pandemik_kolera_1817–1824

Taun atau kolera ialah penyakit yang endemik di dataran rendah Sungai Gangga.[1] Pada masa perayaan, jemaah haji sering mengidap penyakit itu di sana dan membawanya kembali ke bahagian lain di India, di mana ia akan menyebar, kemudian mereda. Pandemik kolera pertama bermula sama, sebagai wabak yang disyaki telah bermula pada tahun 1817 di bandar Jessore.[3] Beberapa ahli sains dan sejarawan perubatan menyatakan bahawa pandemik ini bermula secara global dari sebuah ritual penyembahan Hindu bernama Kumbh Mela yang diadakan di bahagian atas Sungai Gangga.[4] Wabak kolera telah terjadi sebelumnya di dekat Purnia di Bihar, tetapi ahli sains menilainya sebagai peristiwa terpisah. Di tahun 1817, kolera mulai menyebar di luar delta Sungai Gangga. Pada September 1817, wabak ini mencapai kota Kolkata di Teluk Bengal dan tersebar dengan pantas ke seluruh India. Pada tahun 1818, wabak kolera merebak di Bombay, di pantai sisi barat.